Panduan Membeli Kamera

Soalan:

Dipos oleh rohaya bt.zulkifli

pada Ahad, 25 Jun 2000, jam 8:28 p.m., sebagai balasan kepada Panduan Senifoto, Dipos oleh Raai Osman pada Ahad, 11 Jun 2000, jam 10:20 a.m. (Soalan ini disiarkan dalam SolatNet.com)

Asalammualaikum..En.Raai Osman Saya menemui laman ini dan ingin mengetahui serba sedikit mengenai panduan senifoto.Saya berminat juga dalam bidang fotografi ini tetapi tidak begitu serius sekadar suka-suka.Namun saya berhasrat untuk mengetahui cara-cara penggunaan yang betul. Saya tidak memiliki sebuah kamera tetapi berhajat juga untuk mendapatkan sebuah kamera.Harap dapat beri tip untuk membeli kamera yang sesuai dari segi kelebihannya (ciri-ciri) dan harga yang berpatutan.

 

Jawapan:

Kamera yang baik tentulah SLR (Single Lens Reflex). Banyak kegunaannya jika anda serius dalam kerja-kerja senifoto. Contoh untuk kerja di seminar, mesyuarat, majlis nikah kahwin dan seumpamanya. Harganya bermula RM 700 hingga angka ribu. Anda boleh pilih dari jenama Nikon, Canon, Minolta dan lain-lain lagi.

Tapi jika anda tidak serius dalam senifoto saya syorkan untuk membeli kamera Astamatik yang mempunyai ciri-ciri Zooms Lens. Cukup untuk foto famili dan kawan-kawan. Hasilnya 70% hampir sama dengan kamera SL